Thursday, 29 January 2015

Kisah Dilema Seorang Wanita Melayu Dengan Buah Dada 32K


KECIL salah, bila besar pun masalah. Haih, macam-macam hal lah kan.




Mungkin sesetengah wanita begitu berbangga memiliki sepasang buah dada yang besar lantas menyifatkan diri sebagai ‘seksi’ kerana mampu menarik ramai lelaki untuk melutut di hadapan mereka.

Namun berbeza Zuriana (gambar atas) yang memiliki buah dada sebesar 32K, dia rasa begitu terseksa apabila gagal memiliki teman lelaki, sukar mendapat pakaian yang sesuai dan sering ditohmah serta dijadikan ‘buah mulut’ oleh masyarakat sekelilingnya.

Zuriana, 21, yang tertekan dengan saiz buah dadanya itu mengeluh ekoran lelaki tidak bertentang mata ketika berbual dengannya, sebaliknya mata mereka lebih tertarik untuk merenung ke arah buah dadanya sahaja.

Dia yang sering sakit-sakit di bahagian belakang akibat buah dada yang terlalu berat untuk tubuhnya juga berasa tersinggung apabila rakan-rakan perempuannya ada yang melemparkan tohmahan kononnya dia adalah bintang porno.

“Ramai wanita idamkan buah dada yang besar, padahal ia adalah satu mimpi buruk.

“Kebanyakan lelaki yang saya temui adalah lelaki jenis kotor, jarang sangat mereka melihat ke arah wajah saya ketika berbual.

“Kadangkala, ia boleh begitu menakutkan. Sebahagian dari mereka suka menyentuh (di bahagian buah dada) saya. Jadi, jika keluar bersama rakan-rakan lelaki saya, mereka selalunya berada di sekeliling saya sebagai pengawal,” katanya.

Menurut Zuriana, ramai dikalangan rakan-rakan perempuan menganggap buah dadanya itu palsu sebagaimana bintang-bintang porno dan menganggap dirinya menceburi bidang tidak bermoral itu.

“Wanita-wanita tersebut mengandaikan buah dada saya palsu, mereka tengok saya bagaikan saya seorang bintang porno.

“Mereka mengeleng-gelengkan kepala apabila bertembung dengan saya dan saya boleh dengar mereka berkata ‘nampak sangat palsu’ dan ‘cuba tengok dia berlagak dengannya’.

Saya cuba senyum bila melalui perkara ini, tapi kadang-kadang ia agak menyakitkan hati saya,” katanya lagi.

Zuriana menjelaskan bahawa dia terpaksa berpisah dengan teman lelakinya pada tahun 2010 ekoran kekasihnya itu tidak tahan cemburu apabila terlalu ramai lelaki yang merenung ke arah buah dadanya.

“Saya berpisah dengan teman lelaki saya pada tahun 2010.. dia sangat cemburu.

“Bila kami keluar bersama dia kerap marah-marah apabila lelaki merenung saya. Saya cuba beritahu dia bahawa saya tak mampu berbuat apa-apa,” ujarnya kesal.

Selain itu, lelaki-lelaki yang ditemuinya selepas itu semuanya tidak boleh diharap apabila mereka lebih obses kepada buah dadanya sahaja berbanding memberikan cinta sejati.

Bagaimanapun saiz buah dada Zuriana adalah agak kecil berbanding buah dada Norma Stitz yang memiliki saiz buah dada sebenar 102ZZZ hingga mencipta rekod memiliki saiz buah dada tulen terbesar di dunia.

*** BUKAN LA NAK MENGAKU ALIM SANGAT… TAPI KALAU MINAH NI PAKAI TUDUNG BUKAN KE MASALAH DIA AKAN SELESAI?


No comments:

Post a Comment