Tuesday, 27 January 2015

punca sebenar Zamani Slam ambil dadah sejak 10 tahun lalu terbongkar?



Dia malah muncul dalam sidang akhbar sebagai menghormati permintaan pihak media dan peminat yang ingin mengetahui keadaannya selepas empat hari direman di Balai Polis Hulu Klang.

“Ini adalah pengajaran untuk diri saya lebih menghargai orang lain yang sayangkan diri saya.

Dalam apa juga keadaan diri saya, keluarga, peminat dan media terus memberikan bantuan dan sokongan mereka kepada saya. Ini adalah sesuatu yang mengharukan diri saya. Semua ini membuatkan saya semakin kuat,” katanya yang sebak.


Zamani, 43, ditahan bersama seorang rakan wanitanya kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin dengan berat kasar 1.2 gram dalam satu serbuan di Taman Keramat, 21 Januari lalu. Dia akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari ini.

Ikuti sebahagian perbualan antara Zamani dengan wartawan Mingguan Malaysia, GARRET DAWUM bersama jurugambar AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN ketika pertemuan di pejabat peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar di Kota Damansara, Selangor, semalam.

MINGGUAN: Bagaimana keadaan selepas dibebaskan hari ini?

ZAMANI: Syukur dan lega. Saya baik-baik sahaja. Tidak ada apa-apa. Terima kasih kerana beri peluang kedua untuk saya perbetulkan kesilapan. Terharu kerana keluarga dan rakan-rakan masih beri sokongan. Pada hari ini semasa dibebaskan, mereka ada bersama saya. Itu yang penting. Saya tidak bersendirian.

Juga terima kasih kepada media kerana sering memberi semangat kepada saya. Kalau ikutkan, saya memang tidak mahu berjumpa media hari ini. Saya mahu berehat dan bertenang dahulu. Perjumpaan bersama dirancang hari lain tetapi bila pihak media berusaha mencari saya, jadi saya perlu jumpa dan selesaikan dahulu apa yang patut. Saya hargai dan hormati media.

Apa sebenarnya berlaku?

Semasa kejadian saya baru sahaja ditahan dan menunggu untuk ujian air kencing. Ketika anggota polis berkenaan merakam, saya tidak dipaksa atau berlaku sebarang kekerasan. Saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam. Dia menyanyi beberapa lagu Slam di hadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali. Dia berjanji rakaman itu hanya untuk simpanan peribadi. Tidak tahu pula, video itu sudah disebarkan. Saya memang terkilan kerana penyebaran video itu telah mengaib dan menjatuhkan maruah saya serta keluarga.

Silap saya juga kerana tidak melihat semula rakaman video yang nampak jelas tangan saya bergari. Namun, saya tahu niat dia bukan untuk memalukan saya, sebaliknya video itu tersebar tanpa kawalan selepas terlepas ke tangan orang lain. Apabila berpeluang melihat rakaman video itu, saya sangat malu dengan masyarakat yang menontonnya. Apa yang saya mahu, tolonglah hentikan perkongsian video tersebut di mana-mana laman sosial. Saya tidak mahu simpan apa-apa lagi.

Mengapa cepat sangat maafkan penyebar video itu?

Saya tidak mahu isu ini dipanjangkan. Memang tidak ada apa-apa tindakan yang akan diambil. Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang lain. Biarlah perkara ini menjadi pengajaran buat semua yang terlibat. Benda sudah berlaku, Saya tahu orang itu tiada niat untuk memalukan saya.

Ramai bantah video, apa komen?

Oh, saya tidak tahu tentang semua itu. Memang selama ini saya banyak berdiam. Mungkin saya tidak tahu peminat masih lagi menghargai dan memberi sokongan kepada saya. Sebenarnya saya malu benda berlaku macam ini. Yelah, apa yang saya buat ini salah. Namun, dalam masa sama sebenarnya saya tahu ada yang masih sayang pada saya.

Apa yang saya sangkakan ketika ditahan hari itu adalah saya akan kehilangan peminat. Habislah terutama kerjaya saya. Tapi semuanya meleset. Rupanya, ramai lagi peminat suka pada saya. Nampaknya saya perlu buat sesuatu untuk mereka. Sangat tersentuh dengan sokongan mereka. Saya perlu buktikan kepada mereka tetapi tidak mahu mendedahkannya lagi. Takut, bila saya janji nanti tidak buat pula.

Sudah bersedia dengan hukuman?

Insya-Allah, saya akan terima sebarang hukuman dengan sikap yang terbuka. Saya tahu semua ini membawa ke arah kebaikan.

Pernah pergi ke pusat pemulihan sebelum ini?

Sejak terbabit dengan gejala dadah 10 tahun lalu, sudah dua kali saya pergi secara sukarela ke pusat pemulihan Agensi Dadah Kebangsaan pada 2010 dan 2012. Tapi, saya gagal pulih sepenuhnya. Sebagai orang yang dikenali masyarakat, sukar untuk saya pergi ke pusat pemulihan tanpa diketahui ramai. Saya akui malu untuk ke sana dan takut dengan tanggapan orang ramai. Namun, sekarang orang semua sudah tahu dan ini akan lebih mudahkan saya mendapatkan pemulihan.

Ada usaha untuk berubah?

Rancangan itu ada. Siapa yang tidak mahu berubah? Saya akan banyakan tawakal selepas ini dan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini. Namun saya akan cuba sedaya upaya dengan bantuan keluarga. Doakan untuk saya ya.

Bagaimana pula dengan anggota Slam yang lain dan masih menerima tawaran nyanyian?

Setakat ini, saya masih belum berjumpa dengan mana-mana anggota Slam. Yang saya tahu, mereka masih bersama saya dan memberikan sokongan. Mereka sudah lama bersama saya dan tahu apa yang saya buat. Ya, saya masih ada undangan. Nasib sepanjang saya ditahan reman, tiada persembahan yang saya perlu lakukan. Selepas ini, Insya-Allah ada

No comments:

Post a Comment