Pelakon cantik, Uqasha Senrose hanya mampu ketawa apabila dituduh lupa
memakai baju dalam (coli) ketika ketika dia menghadiri majlis pelancaran
wajah baharu sebuah portal, bertempat di Kuala Lumpur itu. Pada hari
itu, tampil anggun dengan gaun pendek paras lutut berwarna merah jambu.
Bercakap
kepada Kosmo! , dia sebenarnya langsung tidak menyedari hal itu
sehinggalah dia melihat melihat Twitter. Kata kakak kepada pelakon
Nelydia Senrose ini, dia sungguh terkejut apabila terdapat cerita yang
mendakwa dirinya tidak memakai coli.
“Saya hanya mampu ketawa apabila dituduh sebegitu. Saya bukan bodoh
untuk keluar tanpa memakai coli dan memalukan diri sendiri. Mereka harus
lihat gambar itu betul-betul sebelum membuat cerita yang mengaibkan
saya.
Uqasha berkata demikian ketika dimina mengulas mengenai gaun tersebut
menimbul kontroversi apabila dia dilihat seolah-olah tidak memakai coli.
Perkara ini sudah menjadi hangat di internet, bahkan ada yang
menuduhnya mengikut fesyen artis Hollywood.
Namun, jika gambar itu diteliti bukanlah Uqasha tidak memakai coli, sebaliknya bekas jahitan yang kelihatan.
Jelas Uqasha lagi, sebelum keluar rumah dia sudah lihat pada cermin
beberapa kali dan tanya pada adik saya, okey atau tidak baju yang
dipakainya. Malah dia tidak perasaan langsung bekas jahitan akan
kelihatan sedemikian rupa.
“Saya yang malu untuk mengulas isu ini
walaupun saya tidak salah. Otak saya masih waras dan tahu adat budaya
Malaysia. Bagi saya, orang yang membuat cerita ini sudah tidak ada
cerita untuk ditulis. Alangkah lebih baik jika mereka tanya sendiri hal
itu kepada saya. Saya tidak kisah andai perkara yang ditegur itu benar
berlaku tetapi tidak, mereka hanya mengada-adakan cerita yang tidak
benar.
“Memang sangat malu. Sebabnya bukannya ada apa-apa, cuma
bekas jahitan baju itu yang kelihatan. Saya harap selepas ini janganlah
cepat menuduh
No comments:
Post a Comment