Kerana menolak lamaran bekas kekasihnya, penjawat awam ini telah menanggung malu dek kerana tindakan bekas kekasihnya yang sengaja menyebarkan gambar bogel beliau sewaktu mereka bersama dahulu. Akibat daripada itu, majikan kepada wanita ini telah memecat wanita ini kerana mereka tidak ingin reputasi mereka terjejas dek kerana hal pribadi wanita ini.
