Sudah mahu masuk tahun 2015 dan masih ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar video lucah yang dikatakan milik selebriti tempatan dan Nur Fazura menjadi mangsa terbaru dan ini bukan buat pertama kalinya selepas insiden beberapa tahun lalu.
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
Tuesday, 10 February 2015
Thursday, 29 January 2015
Jurugambar miang dikantoikan oleh model
Seorang jurugambar miang akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila keghairahannya merakam imej seksi model Singapore Motorshow 2015 dibongkar oleh model itu sendiri.
Menggunakan rangkaian media sosial, Miki Ace berkata, insiden itu berlaku ketika dia bertugas sebagai model kereta di pameran berkenaan.
Katanya, dia melihat jurugambar terbabit bukan mengambil gambar seperti sepatutnya, malah menumpukan lensa kamera ke bahagian dada dan pahanya.
“Saya sangat terkejut kerana dia mengambil gambar dada dan seluar dalam setiap model yang ada di pameran ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Miki Ace, itu bukanlah kali pertama lelaki terbabit menyalahgunakan kameranya.
“Saya tak sangka kerana dia juga memiliki gambar sebegitu untuk ekspo tahun lalu!” katanya.
Pendedahan Miki Ace itu ternyata cepat menarik perhatian pengguna Facebook dan imej berkenaan dikongsi ramai dalam tempoh singkat.
Kata Miki Ace, dia mengakui dibayar untuk berpakaian menarik dan melayan permintaan pengunjung untuk bergambar.
“Tetapi ia tidak bermakna kami berhak dilayan begini,” katanya.
Menurut Miki, dia berharap semua lelaki dapat menghormati wanita sewajarnya.
Bagaimanapun, ada juga pengguna Facebook menganggap model seperti Miki Ace memang layak dilayan begitu.
Hujah mereka - model terbabit tidak boleh mengeluh berdasarkan sifat pakaian mereka yang mencolok mata. Credit HM
Tuesday, 27 January 2015
Mengejutkan :Gambar Terakhir 5 Wanita Cantik Sebelum Di Hukum Mati
Kesalahan sentiasa dilakukan sesiapa sahaja yang hidup didunia ini, dan jika melakukan kesalahan pastinya kita akan mendapatkan hukuman, semakin besar kesalahan tersebut maka semakin besar pula hukuman yang akan kita dapatkan. Hukuman akan tetap berlaku walaupun mereka mempunyai wajah yang rupawan, begitu juga bagi 5 wanita cantik ini yang mendapatkan hukuman terakhir yakni hukuman mati.
1. Ren Xue (Atas)
Ren Xue merupakan gadis berusia 19 tahun yang mempunyai kisah hidup yang sangat tragis. Dia menjadi suspek pembunuhan seorang anak jutawan pengurus perlombongan emas. Beliau melakukan pembunuhan ini kerana Ren sering mendapat penganiayaan dan hamba seks. Sebelum Ren dihukum mati, dia telah pun mengandungkan anak kepada anak jutawan tersebut.

2. Liu Jingfeng
Liu Jingfeng merupakan wanita cantik kedua yang dikenakan hukuman mati. Dia dihukum mati kerana kes pembunuhan yang dilakukannya, hal ini sama dengan kes dari Ren Xue yaitu Liu diseksa oleh majikanya sehingga hamil, Liu merasa kesal kemudian membakar rumah majikanya yang bernama Hu. Akibat kebakaran tersebut majikanya meninggal dunia. Liu Jingfeng akhirnya di kenakan hukuman mati.

3. Tao Jing
Tao Jing merupakan wanita yang mempunyai paras yang sangat cantik, akan tetapi dia dipergunakan oleh kekasihnya. Dia dipaksa untuk menyeludup dadah dalam jumlah yang besar ke negara lain, Beliau di tangkap di lapangan terbang, Tao Jing akhirnya dikenakan hukuman mati, pada tahun 1991 ketika usianya genap 20 tahun Tao Jing dihukum mati.

4. Feng
Kes Feng sebenarnya hampir sama dengan kes dari Tao Jing, dia di kenakan hukuman mati kerana terjerat kes dadah, sebenarnya Feng tahu bahawa perbuatannya ini salah akan tetapi dia terlajur jatuh cinta dengan wang yang banyak dari perdagangan dadah ini. Pada usia 21 tahun gadis cantik ini dihukum mati.

5. Song Dan
Wanita cantik ini bernama Song Dan. Sejak umurnya 13 tahun Song sudah mengalami sering di mendapat gangguan seksual oleh gurunya sendiri, bukan sampai disitu sahaja, bertahun-tahun Song dijadikan hamba seks oleh pakciknya sendiri sehingga berusia 18 tahun, bahkan ayahnya sendiri sanggup membiarkan itu semua berlalu dan menganggap Song sebagai aib keluarga.
Di sebabkan pekara tersebut, Song menjadi wanita pemabuk dan pengguna dadah. pada usianya genap 18 tahun, Song sudah tidak tahan dengan hidup yang selama ini terjadi keatasnya, kemudian beliau membunuh kekasihnya yang ketika itu sedang melakukan seks denganya. Song dikenakan hukuman mati, yang di sabitkan dengan dadah dan minuman keras, Song Dan dihukum mati pada tahun 2005 silam.
Monday, 26 January 2015
MALAYSIA 1968 : PENGKEBUMIAN, POTONG RUMPUT, SAWAH PADI DAN ULAR BESAR!
Suasana kehidupan seharian rakyat pelbagai kaum di Malaysia tahun 1968 tetapi yang agak ngeri adalah rakaman minit 4.35 di mana ular besar ditangkap hanya dengan tangan!
suasana masih segar tanpa pencemaran dan masih sejuk mata memandang tapi sekrg semuanya telah byk yg hilg dri pandangan mata...yg ada cuma pemandangan yg memanaskan pandangan.Rindu sangat dgn suasana mcm ni tpi apakan daya arus kemodenan dunia mghancurnkan semua...lenyap ditelan era kemajuan.
(Video) Punca Adira jatuh di pentas Konsert Mentor Legend

#Persaingan di konsert Mentor Legend bagi kumpulan A pada malam Ahad 25 Januari 2015 menyaksikan Protege membuat persembahan duet bersama artis (penyanyi) pilihan Protege #Mas Idayuiaitu Tuah bergandingan bersama Adira dengan mendendangkan lagu medley Muara Kasih dan Ombak Rindu.
Persembahan tersebut mendapat reaksi yang positif dari juri tetap #Mentor Legend manakala juri awam memberikan 16 markah kepada persembahan mereka,Bagaimanapun, satu insiden yang tidak dijangka berlaku apabila Adira terjatuh di pentas konsert Mentor Legend semasa berjalan meninggalkan pentas.
Apa yang dapat diperhatikan punca Adira terjatuh mungkin terpijak kain yang terlalu labuh. Mujur insiden tersebut tidak mendatangkan sebarang kecederaan yang serius kepada Adira.
VIDEO PERSEMBAHAN TUAH DAN ADIRA (MUARA KASIH DAN OMBAK RINDU) MENTOR LEGEND
EDRY HANTAR SURAT PEGUAM KEPADA AWEERA
Gara-gara tindakan bekas vokalis Mojo, Aweera yang lantang mengeluarkan kenyataan mendakwa Edry berdrama bagi meraih perhatian masyarakat ketika persembahan di AJL29 tempoh hari, Edry selaku ketua kumpulan memandang serius perkara ini dan mengumumkan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Aweera.
“Apa yang saya boleh cakapkan di sini, pihak kami akan mengeluarkan surat peguam dalam masa terdekat. Jangan kerana mulut, badan pula binasa.
“Saya tidak faham kenapa dia perlu bertindak begitu, kenapa sikapnya seolah-olah hendak lihat Mojo gagal (dalam bidang nyanyian). Menerusi kenyataan-kenyataannya, dia tidak habis-habis hendak merendahkan kami,” ujar Edry yang dipetik menerusi Harian Metro.
Dalam pada itu, Edry turut menambah keputusan tersebut diambil kerana bengang dengan sikap Aweera yang asyik mengkritik dan merendahkan dirinya dan kumpulan MOJO menerusi media.
Untuk rekod, berikutan perselisihan faham yang terjadi antara Aweera dan Mojo menyebabkan kumpulan ini mengunakan khidmat Caliph Buskers sebagai penyanyi lagu Romancinta di pentas akhir AJL29 sehingga berjaya memenangi persembahan terbaik pada malam itu.
Tindakan ini menyebabkan Caliph Buskers meraih populariti dalam sekelip mata hingga menjadi perbualan masyarakat Malaysia.
Sunday, 25 January 2015
Gadis Bertudung Trauma 11 Gambar Bertudung Tapi Terserlah Kini Tersebar !
![]() |
| Gambar hiasan |
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Fizah, 34, berkata, dia mula menyedari beberapa keping gambar miliknya dicuri individu tidak dikenali Khamis lalu.
Menurutnya, gambarnya itu kemudian dimuat naik ke satu akaun FB yang tertulis nama ‘Bertudung Tapi Terserlah’ (BTT).
“Beberapa keping gambar saya disalahguna individu terbabit bagi menjatuhkan maruah saya apatah lagi ia turut mengandungi keterangan gambar tidak senonoh,” katanya.
Menurutnya, individu yang membuka laman FB itu diyakini cuba meraih perhatian daripada pengguna laman sosial lain dengan cara menghina wanita bertudung.
“Jika sekalipun kami kelihatan berpakaian sedikit seksi, namun itu adalah gambar peribadi dan bukan untuk tontonan umum.
“Malah jika ia mengundang rasa kurang senang, adalah baik sekiranya individu terbabit menasihati daripada sengaja memalukan ramai wanita Islam yang baru berhijab,” katanya.
Fizah berkata, ekoran kejadian itu dia kini berasa tertekan berikutan beberapa rakan dan saudara mula bertanyakan hal itu.
Ekoran kejadian itu, dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Damansara di sini, untuk siasatan lanjut selain merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.
Dia turut menasihati individu terbabit supaya membuang kembali gambarnya dan beberapa wanita lain yang dijadikan mangsa hinaan di FB itu.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa dan berkata siasatan sedang dijalankan.
Game Tersembunyi Di Dalam Google Chrome Apabila Terputus Internet
Setiap kali telefon atau laptop anda terputus hubungan internet ketika melayari dengan Google Chrome, anda pasti akan dipaparkan dengan gambar seekor dinasour T-Rex di pelayar web tersebut.
Tapi tahukan anda sebenarnya T-Rex tersebut sebenarnya satu watak permainan video yang tersedia bersama Google Chrome di komputer atau telefon anda?
Di dalam permainan tersebut, anda perlu memainkan watak T-Rex tersebut dengan melompat bagi mengelak dari halangan pokok kaktus yang ada sepanjang permainan tersebut.
Permainan ini tersedia di dalam Google Chrome versi Desktop dan juga Google Chrome versi mobile. Berikut adalah cara untuk mengakses permainan ini dari kedua-dua jenis pelayar ini :
Untuk Komputer
- Pastikan Google Chrome anda adalah versi terbaharu
- Putuskan kesemua rangkaian internet dari komputer anda
- Buka tab baru di Google Chrome kemudian buka satu website dalam keadaan 'offline'
- Apabila gambar dinasour muncul, tekan kekunci space di keyboard anda.
- Tekan space untuk melompat dari pokok kaktus
Untuk Smartphone
- Pastikan Google Chrome anda versi yang terbaharu
- Putuskan kesemua rangkaian internet dari telefon anda
- Buka tab baru di Google Chrome kemudian buka satu website dalam keadaan 'offline'
- Apabila gambar dinasour muncul, sentuh pada gambar dinasour tersebut.
- Sentuh skrin untuk melompat dari pokok kaktus.
Selamat mencuba!
Thursday, 22 January 2015
LUAHAN HATI SEDIH PENGASAS QU PUTEH APABILA GAMBARNYA DIJADIKAN BAHAN LAWAK DI LAMAN SOSIAL
Bukan mudah untuk membina nama dalam perniagaan.
Saya sudah bersedia menerima kerana rakan serta adik-beradik menasihatkan agar reda menerima apa saja yang diperkatakan.
“Namun bagi saya, apa yang ingin saya sampaikan melalui dua program besar itu, terutama AJL yang ditonton kira-kira tujuh juta orang, berjaya selepas ramai memperkatakan mengenai produk Qu Puteh,” luah Pengasas Vida Beauty Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.
Datuk Vida mula menjadi tumpuan selepas menaja dua program besar iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 dan Gegar Vaganza sehingga membuatkan banyak gambar serta ceritanya disiarkan di media sosial.
Tagline ‘Qu Puteh barulah puteh’ sambil menyentuh pipi dengan jari yang digayakan Datuk Vida dalam kedua-dua program itu menjadi sebutan sehinggakan ada yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.
Bukan setakat itu, ada juga yang mengubah dan menukar gambar Datuk Vida menjadi bahan ketawa, termasuk mengubah lirik lagu Apa Khabar serta mengaitkan dengannya.
“Sedih melihat gambar saya dijadikan bahan lawak, namun saya tidak ambil peduli.
“Mereka yang ada masa untuk edit gambar saya, semua ini saya anggap seperti anak-anak yang masih belum matang,” katanya.
“Dalam rasa sedih diejek, saya tetap gembira apabila ada yang nampak apa yang cuba disampaikan. Kini apabila sebut mengenai nak jadi putih, pasti akan teringat produk saya,” katanya.
Tambah Vida, walaupun menerima kutukan, dia tetap berhasrat terus menaja program hiburan selepas ini.
Tabah hati Datuk Vida ini. Kagum kami dengan semangat beliau.
Wednesday, 21 January 2015
AKHIRNYA TERJAWAB..!! Aksi Ainan Tasneem Sumbang Dalam Kereta!
Penyanyi Ainan Tasneem, 23, menegaskan tuduhan kononnya dia berkelakuan sumbang dikhalayak dengan teman lelakinya adalah fitnah yang sengaja direka-reka bertujuan menjatuhkan maruahnya.
Bercakap kepada mStar online, pemilik nama sebenar Ainan Tasneem Ridzuan ini berkata, biarpun namanya tidak segah penyanyi lain namun dia sedar gerak-gerinya sentiasa diperhatikan masyarakat dan pelik apabila dijadikan sasaran pihak tertentu.
"Mungkin nama saya tidak segah selebriti lain namun rasanya orang kenal siapa Ainan Tasneem tambahan pula di Perlis.
"Saya bukan bodoh sangat untuk berkelakuan seperti didakwa kerana sedar gerak-geri diperhatikan dan dakwaan itu fitnah semata-mata," katanya.
Ainan berkata demikian sebagai respon kepada artikel sebuah akhbar mingguan yang melaporkan dia dan kekasihnya berjalan berpimpinan tangan selepas selesai makan di sebuah restoran pada 9 Disember lalu.
Dakwaan daripada seorang pembaca menerusi e-mel itu turut memberitahu pasangan berkenaan tidak segera beredar sejurus memasuki kereta Honda Jazz berwarna biru sebaliknya mendakwa mereka 'bermesra-mesraan' hampir 45 minit di dalam kereta berkenaan sebelum beredar.
Ainan bagaimanapun tidak menafikan ada berkunjung ke restoran berkenaan bersama lelaki tersebut pada tarikh berkenaan namun menyangkal dakwaan berdua-duaan dengan teman lelakinya itu di dalam kereta.
"Saya tidak mengetahui mengenai fitnah ini sehinggalah ada peminat yang bertanyakan hal berkenaan di Instagram kerana masih belum sempat membaca akhbar.
"Terkejut saya apabila membaca artikel berkenaan kerana bukan sahaja dituduh berpegangan tangan tetapi dikatakan 'bermesra' pula di dalam kereta. Ia tidak masuk akal," katanya.
Dalam pada itu, Ainan berkata, dia tidak pasti sama ada dakwaan berkenaan dibuat kerana ada pihak berdendam dengannya kerana tidak mempunyai musuh.
Malah katanya, teman lelakinya itu juga sentiasa mengingatkan mengenai batas pergaulan mereka kerana bimbang akan menjadi perbualan masyarakat.
"Jika benar saya berkelakuan tidak senonoh mengapa pengirim e-mel berkenaan tidak menegur perbuatan saya itu secara berhadapan atau mengambil gambar kami untuk dijadikan bukti sokongan kepada dakwaan tersebut?
"Saya tidak pasti sekiranya ada pihak yang berdendam dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti itu dan ia satu fitnah," jelasnya.
Sementara itu, menjawab tuduhan kononnya mereka bercuti ke Eropah bersama teman lelakinya itu, Ainan berkata, pemergian mereka ke sana bukan berdua sebaliknya turut ditemani oleh ahli keluarga lelaki tersebut.
"Hubungan saya dan keluarga teman lelaki memang akrab dan sebaliknya. Saya sedar kedudukan saya sebagai seorang penuntut universiti dan selebriti, takkan saya sanggup mencemarkan imej keluarga kedua-dua belah pihak.
"Pemergian kami ke sana juga bukan rahsia malah ibu bapa saya mengetahui tentang itu," ujarnyayang kini sibuk dengan pengajian semester akhirnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan BioProses.
Dia juga bakal merakamkan sebuah single bersama ahli kumpulan Sleeq iaitu Aliff yang akan dilancarkan pada tahun ini.
sumber : mStar online
Saturday, 17 January 2015
Gambar Terkini Fauziah Latiff Pada Umur 44 Tahun (8 Foto)
Sememangnya Fauziah Latiff atau lebih mesra disapa dengan nama Gee / Jee merupakan seorang penyanyi yang maintain cantik dan jelita walaupun usianya sudah menjangkau 44 tahun.
Fauziah Latiff lahir pada 5 Disember 1970 dan kini berumur 44 tahun namun wajahnya masih cantik seperti berumur 20 tahun. Kecantikkan Fauziah Latiff sentiasa menjadi tumpuan orang ramai.
Jom layan gambar Fauziah Latiff:
Wednesday, 14 January 2015
Pihak Agama Berjaya 'Menangkap' Salah Seorang Gadis yang di Peluk K-Pop?
Nampaknya kontroversi yang melibatkan aksi peluk dan cium kumpulan K-Pop, B1A4 dan gadis-gadis bertudung di Malaysia turut mendapat perhatian oleh pihak media Korea Selatan.
Portal hiburan Soompi.com dan Koreaboo.com adalah antara media yang melaporkan mengenai insiden tersebut dengan tajuk, ‘B1A4 Criticized for Getting Too Friendly with a Fan during Fan Meeting in Malaysia (B1A4 Dikritik Kerana Terlalu Mesra Ketika Bertemu Peminat di Malaysia)’ dan ‘Malaysian media and netizens strongly criticize Muslim fans for hugging B1A4 during concert (Media Malaysia dan netizen kritik peminat Muslim kerana memeluk B1A4 sewaktu konsert)’.


Laporan media Korea mengenai kontroversi peluk cium melibatkan kumpulan K-Pop dan gadis bertudung Malaysia.
Secara tidak langsung, ia turut menimbulkan persoalan mengenai ‘salah siapa’ di kalangan netizen di negara itu.
Dcole, salah seorang netizen menulis:
“Saya tak faham kenapa mereka (B1A4) disalahkan dalam hal ini. Peminat tersebut sudah diberitahu berkali-kali mengenai apa yang akan dilakukan dan mereka memberi keizinan. Dia boleh menghalang B1A4 daripada menciumnya.”
Gadis-gadis tersebut kini sedang dijejaki oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan kertas siasatan insiden tersebut sudah dibuka mengikut Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayag Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.
Mungkin inilah akibatnya jika terlalu teruja dengan dunia K-Pop sehingga lupa akan batasan agama.
Tak pasal-pasal gadis-gadis ini pula yang menjadi ‘selebriti’ di Korea Selatan…
Kiamat Sudah Dekat... Niat Nak Berselfie Pon Dah Hilang Selera..!!!
Kiamat sudah dekat....
Niat lelaki ini nak berselfie tergendala disebabkan sesuatu yang pelik kat belakang...
korang nak tahu ape?
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Dipetik dari pengguna facebook. Remaja zaman sekarang semakin berani berkelakuan sumbang dikhalayak ramai... dimanahkah maruah diri mereka ? bertaubatlah sebelum terlambat. Kiamat semakin dekat.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



No comments:
Post