Sudah mahu masuk tahun 2015 dan masih ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar video lucah yang dikatakan milik selebriti tempatan dan Nur Fazura menjadi mangsa terbaru dan ini bukan buat pertama kalinya selepas insiden beberapa tahun lalu.
Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts
Tuesday, 10 February 2015
Thursday, 29 January 2015
Jurugambar miang dikantoikan oleh model
Seorang jurugambar miang akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila keghairahannya merakam imej seksi model Singapore Motorshow 2015 dibongkar oleh model itu sendiri.
Menggunakan rangkaian media sosial, Miki Ace berkata, insiden itu berlaku ketika dia bertugas sebagai model kereta di pameran berkenaan.
Katanya, dia melihat jurugambar terbabit bukan mengambil gambar seperti sepatutnya, malah menumpukan lensa kamera ke bahagian dada dan pahanya.
“Saya sangat terkejut kerana dia mengambil gambar dada dan seluar dalam setiap model yang ada di pameran ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Miki Ace, itu bukanlah kali pertama lelaki terbabit menyalahgunakan kameranya.
“Saya tak sangka kerana dia juga memiliki gambar sebegitu untuk ekspo tahun lalu!” katanya.
Pendedahan Miki Ace itu ternyata cepat menarik perhatian pengguna Facebook dan imej berkenaan dikongsi ramai dalam tempoh singkat.
Kata Miki Ace, dia mengakui dibayar untuk berpakaian menarik dan melayan permintaan pengunjung untuk bergambar.
“Tetapi ia tidak bermakna kami berhak dilayan begini,” katanya.
Menurut Miki, dia berharap semua lelaki dapat menghormati wanita sewajarnya.
Bagaimanapun, ada juga pengguna Facebook menganggap model seperti Miki Ace memang layak dilayan begitu.
Hujah mereka - model terbabit tidak boleh mengeluh berdasarkan sifat pakaian mereka yang mencolok mata. Credit HM
Monday, 26 January 2015
EDRY HANTAR SURAT PEGUAM KEPADA AWEERA
Gara-gara tindakan bekas vokalis Mojo, Aweera yang lantang mengeluarkan kenyataan mendakwa Edry berdrama bagi meraih perhatian masyarakat ketika persembahan di AJL29 tempoh hari, Edry selaku ketua kumpulan memandang serius perkara ini dan mengumumkan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Aweera.
“Apa yang saya boleh cakapkan di sini, pihak kami akan mengeluarkan surat peguam dalam masa terdekat. Jangan kerana mulut, badan pula binasa.
“Saya tidak faham kenapa dia perlu bertindak begitu, kenapa sikapnya seolah-olah hendak lihat Mojo gagal (dalam bidang nyanyian). Menerusi kenyataan-kenyataannya, dia tidak habis-habis hendak merendahkan kami,” ujar Edry yang dipetik menerusi Harian Metro.
Dalam pada itu, Edry turut menambah keputusan tersebut diambil kerana bengang dengan sikap Aweera yang asyik mengkritik dan merendahkan dirinya dan kumpulan MOJO menerusi media.
Untuk rekod, berikutan perselisihan faham yang terjadi antara Aweera dan Mojo menyebabkan kumpulan ini mengunakan khidmat Caliph Buskers sebagai penyanyi lagu Romancinta di pentas akhir AJL29 sehingga berjaya memenangi persembahan terbaik pada malam itu.
Tindakan ini menyebabkan Caliph Buskers meraih populariti dalam sekelip mata hingga menjadi perbualan masyarakat Malaysia.
Sunday, 25 January 2015
Gadis Bertudung Trauma 11 Gambar Bertudung Tapi Terserlah Kini Tersebar !
![]() |
| Gambar hiasan |
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Fizah, 34, berkata, dia mula menyedari beberapa keping gambar miliknya dicuri individu tidak dikenali Khamis lalu.
Menurutnya, gambarnya itu kemudian dimuat naik ke satu akaun FB yang tertulis nama ‘Bertudung Tapi Terserlah’ (BTT).
“Beberapa keping gambar saya disalahguna individu terbabit bagi menjatuhkan maruah saya apatah lagi ia turut mengandungi keterangan gambar tidak senonoh,” katanya.
Menurutnya, individu yang membuka laman FB itu diyakini cuba meraih perhatian daripada pengguna laman sosial lain dengan cara menghina wanita bertudung.
“Jika sekalipun kami kelihatan berpakaian sedikit seksi, namun itu adalah gambar peribadi dan bukan untuk tontonan umum.
“Malah jika ia mengundang rasa kurang senang, adalah baik sekiranya individu terbabit menasihati daripada sengaja memalukan ramai wanita Islam yang baru berhijab,” katanya.
Fizah berkata, ekoran kejadian itu dia kini berasa tertekan berikutan beberapa rakan dan saudara mula bertanyakan hal itu.
Ekoran kejadian itu, dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Damansara di sini, untuk siasatan lanjut selain merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.
Dia turut menasihati individu terbabit supaya membuang kembali gambarnya dan beberapa wanita lain yang dijadikan mangsa hinaan di FB itu.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa dan berkata siasatan sedang dijalankan.
Game Tersembunyi Di Dalam Google Chrome Apabila Terputus Internet
Setiap kali telefon atau laptop anda terputus hubungan internet ketika melayari dengan Google Chrome, anda pasti akan dipaparkan dengan gambar seekor dinasour T-Rex di pelayar web tersebut.
Tapi tahukan anda sebenarnya T-Rex tersebut sebenarnya satu watak permainan video yang tersedia bersama Google Chrome di komputer atau telefon anda?
Di dalam permainan tersebut, anda perlu memainkan watak T-Rex tersebut dengan melompat bagi mengelak dari halangan pokok kaktus yang ada sepanjang permainan tersebut.
Permainan ini tersedia di dalam Google Chrome versi Desktop dan juga Google Chrome versi mobile. Berikut adalah cara untuk mengakses permainan ini dari kedua-dua jenis pelayar ini :
Untuk Komputer
- Pastikan Google Chrome anda adalah versi terbaharu
- Putuskan kesemua rangkaian internet dari komputer anda
- Buka tab baru di Google Chrome kemudian buka satu website dalam keadaan 'offline'
- Apabila gambar dinasour muncul, tekan kekunci space di keyboard anda.
- Tekan space untuk melompat dari pokok kaktus
Untuk Smartphone
- Pastikan Google Chrome anda versi yang terbaharu
- Putuskan kesemua rangkaian internet dari telefon anda
- Buka tab baru di Google Chrome kemudian buka satu website dalam keadaan 'offline'
- Apabila gambar dinasour muncul, sentuh pada gambar dinasour tersebut.
- Sentuh skrin untuk melompat dari pokok kaktus.
Selamat mencuba!
Saturday, 24 January 2015
Adik Neelofa Dikecam Kerana Memaki Hamun Di Gambar Kakaknya
Baru-baru ini Neelofa ada memuatnaik satu gambar menunjukkan kepalanya dipegang oleh seorang Qari Faiz Uddin Hazarvi.Gambar tersebut mendapat komen panas dari peminat Neelofa.Namun bukan itu yang menarik perhatian kami.
Satu komen dari adik Neelofa dikenali sebagai Nur Ameera Mohd Nor dan baru berumur 14 tahun telah menarik minat kami.Ternyata komen tersebut mengejutkan kerana di sertakan dengan kata-kata kesat.Ameera seolah-olah berlagak dewasa dengan cuba menyokong tindakan akaknya dan memaki hamun peminat yang membuat provokasi.
Bagi kami itu sifat seorang adik yang mahu mempertahankan kakaknya namun sebagai seorang adik kepada ‘Public Figure’ sepatutnya dia perlu lebih berhati-hati dalam memberi komen.Namun mungkin ramai tidak kisah memandangkan Ameera masih di tingkatan 2 dan belum boleh mengawal emosi.
Gambar sebegini sepatutnya tidak elok dimuatnaik walaupun mungkin ia merupakan tujuan perubatan namun Neelofa perlu ingat bahawa ‘Keyboard Warrior’ bekerja 24 jam.
p/s: Komen tersebut telah dipadam
Thursday, 22 January 2015
Patutlaa...Wang Hantaran 35K Cikgu Wafidah Nak..Tolong Jangan Tanya Kenapa..!!
LUAHAN HATI SEDIH PENGASAS QU PUTEH APABILA GAMBARNYA DIJADIKAN BAHAN LAWAK DI LAMAN SOSIAL
Bukan mudah untuk membina nama dalam perniagaan.
Saya sudah bersedia menerima kerana rakan serta adik-beradik menasihatkan agar reda menerima apa saja yang diperkatakan.
“Namun bagi saya, apa yang ingin saya sampaikan melalui dua program besar itu, terutama AJL yang ditonton kira-kira tujuh juta orang, berjaya selepas ramai memperkatakan mengenai produk Qu Puteh,” luah Pengasas Vida Beauty Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.
Datuk Vida mula menjadi tumpuan selepas menaja dua program besar iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 dan Gegar Vaganza sehingga membuatkan banyak gambar serta ceritanya disiarkan di media sosial.
Tagline ‘Qu Puteh barulah puteh’ sambil menyentuh pipi dengan jari yang digayakan Datuk Vida dalam kedua-dua program itu menjadi sebutan sehinggakan ada yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.
Bukan setakat itu, ada juga yang mengubah dan menukar gambar Datuk Vida menjadi bahan ketawa, termasuk mengubah lirik lagu Apa Khabar serta mengaitkan dengannya.
“Sedih melihat gambar saya dijadikan bahan lawak, namun saya tidak ambil peduli.
“Mereka yang ada masa untuk edit gambar saya, semua ini saya anggap seperti anak-anak yang masih belum matang,” katanya.
“Dalam rasa sedih diejek, saya tetap gembira apabila ada yang nampak apa yang cuba disampaikan. Kini apabila sebut mengenai nak jadi putih, pasti akan teringat produk saya,” katanya.
Tambah Vida, walaupun menerima kutukan, dia tetap berhasrat terus menaja program hiburan selepas ini.
Tabah hati Datuk Vida ini. Kagum kami dengan semangat beliau.
Tuesday, 20 January 2015
Adik Baru Lahir Dimasukkan Dalam Beg Sekolah Untuk Tunjuk Kepada Kawan
Menurut akhbar Ain Ha’al, murid darjah dua itu memberitahu rakannya ibunya melahirkan bayi lelaki, tetapi mereka tidak mempercayainya.
Untuk meyakinkan rakannya, dia membawa adiknya itu ke sekolah.
Ibunya yang masih tidur tidak menyedari perbuatan anaknya sehingga pembantu rumah mereka menangis meminta tolong.
Di sekolah, guru yang terkejut menemui bayi berkenaan di dalam beg plastik terpaksa menelefon polis dan bapa murid itu untuk membawa pulang bayi berkenaan.
Apabila disoal gurunya, murid itu berkata, dia hanya mahu menunjukkan kepada rakannya bahawa dia sudah mempunyai adik. - Agensi
Allahuakbar..!! Kebesaran dan kekuasaanNya kejadian yang memang menakjubkan Lembah Paluh Pintu Geng selepas kejadiaan banjir (2 GAMBAR)
SubhanAllah!! Kejadian banjir yang berlaku di Pantai Timur adalah merupakan satu ujian dari Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Kebesaran dan kekuasaanNya turut ditunjukkan dalam pelbagai kejadian yang berlaku dalam peristiwa bencana banjir di tersebut.
Satu peristiwa menakjubkan telah berlaku di mana senaskah Al-Quran didapati masih berada dalam keadaan baik dan tidak terkena walau setitik air pun dalam kejadian banjir baru-baru ini.
Jika di lihat dari keadaan banjir di sekitar rumah tersebut, rumah tersebut telah separuh tenggelam. Namun naskah Al-Quran masih lagi dalam keadaan kering dan bersih.
Allahu Akbar!
Kejadian berlaku di Lembah Paluh Pintu Geng.
sumber: whatsapp
Monday, 19 January 2015
AKHIRNYA TERJAWAB..!!! Kejutan..Punca Scha Alyahya Tinggalkan Anugerah Juara Lagu 29 Secara Tiba-Tiba Malam Tadi (4 Foto)
Tergamam kami seketika apabila mendapat tahu pengacara popular, Scha-Alyahya meninggalkan Anugerah Juara Lagu (AJL) secara mengejut.
Apa yang berlaku sebenarnya? Bagi kami, Scha amat sesuai untuk mengacarakan pertandingan berprestij itu bergandingan dengan AG. Jadi, kenapa tiba-tiba meninggalkan secara mengejut?
Sedih pula tapi nak buat macam mana lagi, tak gitu?
Pengacara dan pelakon, Scha Alyahya mengumumkan program 'Anugerah Juara Lagu 29' yang akan berlangsung pada malam ini merupakan penampilan terakhirnya di program terbitan TV3 itu.
Selain itu, Scha juga memberitahu yang dia tidak lagi akan terlibat di dalam program mingguan 'Muzik Muzik' bagi musim baru 2015.
"Saya rasa sudah cukup dua tahun terlibat di dalam program gah seperti AJL dan 'Muzik Muzik'. Banyak yang saya belajar sepanjang mengendalikan program tersebut bersama AG. Tapi, itu tidak bermakna yang saya akan tinggalkan dunia pengacaraan," ujar Scha.
Isteri kepada Awal Ashaari ini turut memberitahu yang dia mahu mencuba mengacara program atau rancangan lain - Mediahiburan.



Sunday, 18 January 2015
5 Perkara Yang Jelik & Pelik Sekitar Juara Lagu (AJL29)
Seperti yang semua tahu, malam tadi telah berlabuhnya tirai Juara Lagu 29 dengan menyaksikan lagu yang bergenre hip hop diangkat sebagai juara.
Tahniah kami ucapkan kepada pemenang. Namun, korang perasan tak ada beberapa perkara pelik dan jelik sepanjang AJL29 malam tadi?
Kalau tak, nah baca ni :
Qu Puteh Overshadow AJL29

Kalau korang perasan, berpuluh kali jugalah AG dok sebut-sebut ‘Qu Puteh barulah putih’.
Ya, kami tahu Qu puteh merupakan penaja utama AJL29, tapi bila dah banyak kali sebut, annoying pun ada! Siap kena troll lagi dengan pengguna laman sosial. Tak percaya? Tengok ni.

‘Topi’ Aluminium Alyah

Ni lagi satu. Kami tak salahkan pereka fesyen, tetapi adakah Alyah sendiri dah habis fikir ketika membuat keputusan untuk mengenakan topi aluminium ni?
Kami rasa, Alyah boleh tampil dengan imej yang lagi menarik kerana lagu yang dibawakan pun amatlah meruntun jiwa. Bila topi jadi perhatian, hilang terus fokus kami!

Stacy & Orang Kampung

Baju dah cantik dan fresh dah. Rasa macam nak makan je donut kat skirt tu. Tapi, yang jeliknya, kami tertanya-tanya mengapa Stacy bawa ‘satu kampung’ dalam persembahannya.
Bukan apa, kalau Anugerah Juara Lagu dulu-dulu, yang bawa satu kampung ke pentas biasanya Noraniza Idris je.
Chandelier Berderai

Perasaan kagum mendengar vokal mantap Indah Ruhaila ketika mendendangkan lagi ‘Percayalah’ terhenti apabila kami dikejutkan dengan insiden lampu jatuh.
Fuh! Just nice je timing dengan suara Indah. Tapi, bila kami tengok balik di tonton, rasa macam lampu t sengaja dijatuhkan. Gimik persembahan mungkin.
Sam Bunkface Atau Aweera Yang Perform?

Terkejut juga kami bila lihat persembahan Bunkface. Mula-mula ingatkan Aweera yang perform.
Eh! Takkanlah Aweera merajuk sampai nak join Bunkface kan? Tapi, serius kami terpandang-pandang bayang Aweera apabila terpandang rambut Sam. Hehe.
Luahan hati gadis bertudung peluk artis Kpop
Susulan peristiwa yang memalukan mengenai gadis melayu yang dipeluk dan memeluk semula artis Kpop pada Sabtu lalu, pelbagai tomahan dan kecaman dilemparkan oleh masyarakat
Tidak berhenti di situ, satu screenshot telah tersebar yang mengatakan gadis yang bernama Norazlin Abd Wahid kelahiran Rompin ini telah meluahkan perasaan tentang isu dirinya dipeluk dan dicium artis Kpop.
Saturday, 17 January 2015
Kalau Macam Ini Pakai Pergi Sekolah, Memang Tak Hairan La Cikgu Halau Balik..!!!
Sebelum ini kita dikejutkan dengan kisah seorang pelajar yang tidak dibenarkan masuk kelas di sebuah sekolah di Cheras kerana beliau bukan Melayu.
BACA: AKHIRNYA..!! Punca Sebenar Britney Nicole Pelajar Non Muslim Dilarang Pakai Baju Kurung Terjawab
Bagaimana pun pihak sekolah tersebut telah tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara tersebut dengan mereka tidak menghalang pelajar bukan Melayu atau Islam mengenakan baju kurung ke sekolah tetapi mestilah kena dengan caranya iaitu memakai pakaian dalam untuk mengelakkan terlihat perkara yang tidak diingin ni.
Hari ini pula viral dilaman sosial gambar seorang pelajar Melayu Islam yang memakai baju kurung ketat yang jelas sekali menjolok mata sesiapa saja yang melihatnya.
Kalau dengan pemakaian pelajar ini beliau lebih layak dihalau balik dari sekolah kerana ia jelas menyalahi etika pemakaian seragam sekolah yang jelas ketat di bahagian dada dan punggung seperti yang telah di jelaskan.
Pelajar bukan Melayu dan bukan beragama Islam hendak pakai baju kurung sampai tidak boleh masuk kelas kita pula sebagai seorang Melayu dan beragama Islam menghina pemakaian baju kurung dengan cara pemakaian begini.
Baju yang sepatutnya sopan dipakai sudah nampak hilang sopannya. Harap pihak sekolah dapat tegas dalam hal ini.
BACA: AKHIRNYA..!! Punca Sebenar Britney Nicole Pelajar Non Muslim Dilarang Pakai Baju Kurung Terjawab
Bagaimana pun pihak sekolah tersebut telah tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara tersebut dengan mereka tidak menghalang pelajar bukan Melayu atau Islam mengenakan baju kurung ke sekolah tetapi mestilah kena dengan caranya iaitu memakai pakaian dalam untuk mengelakkan terlihat perkara yang tidak diingin ni.
Hari ini pula viral dilaman sosial gambar seorang pelajar Melayu Islam yang memakai baju kurung ketat yang jelas sekali menjolok mata sesiapa saja yang melihatnya.
Kalau dengan pemakaian pelajar ini beliau lebih layak dihalau balik dari sekolah kerana ia jelas menyalahi etika pemakaian seragam sekolah yang jelas ketat di bahagian dada dan punggung seperti yang telah di jelaskan.
Pelajar bukan Melayu dan bukan beragama Islam hendak pakai baju kurung sampai tidak boleh masuk kelas kita pula sebagai seorang Melayu dan beragama Islam menghina pemakaian baju kurung dengan cara pemakaian begini.
Baju yang sepatutnya sopan dipakai sudah nampak hilang sopannya. Harap pihak sekolah dapat tegas dalam hal ini.
Ya Allah..!!! Manusia Jenis Apa La ko Nih..!!! Kejadian Berlaku Jam 8 Malam Di Bangunan Putrajaya (7 Foto)
PUTRAJAYA - Seorang penjawat awam wanita, cedera parah di bahagian muka akibat diserang oleh seorang lelaki di sebuah bangunan kerajaan di sini.
Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pada jam 8 malam tadi, mangsa cedera diserang oleh seorang lelaki yang juga bekerja sebagai juruteknik di bangunan berkenaan, dipercayai cuba melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadap mangsa.
Difahamkan, sebelum kejadian itu mangsa menghubungi bilik kawalan bangunan untuk meminta lampu di tingkatnya terus dihidupkan agar dia boleh meneruskan kerja lebih masanya di pejabat.
Menurut sumber, lelaki berkenaan yang menyedari mangsa berseorangan, naik ke tingkat pejabat mangsa di tingkat 24 dan cuba melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mangsa.
Mangsa cuba melawan dan berlaku pergelutan di antara mereka, menyebabkan mangsa dipukul oleh suspek di bahagian kepala sehingga berdarah.
Walau bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri ke kafe bangunan dan meminta bantuan kakitangan bangunan yang masih berada di kafe berkenaan.
Hasil dari tindakan segera, suspek berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.






Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pada jam 8 malam tadi, mangsa cedera diserang oleh seorang lelaki yang juga bekerja sebagai juruteknik di bangunan berkenaan, dipercayai cuba melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadap mangsa.
Difahamkan, sebelum kejadian itu mangsa menghubungi bilik kawalan bangunan untuk meminta lampu di tingkatnya terus dihidupkan agar dia boleh meneruskan kerja lebih masanya di pejabat.
Menurut sumber, lelaki berkenaan yang menyedari mangsa berseorangan, naik ke tingkat pejabat mangsa di tingkat 24 dan cuba melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mangsa.
Mangsa cuba melawan dan berlaku pergelutan di antara mereka, menyebabkan mangsa dipukul oleh suspek di bahagian kepala sehingga berdarah.
Walau bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri ke kafe bangunan dan meminta bantuan kakitangan bangunan yang masih berada di kafe berkenaan.
Hasil dari tindakan segera, suspek berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.






Thursday, 15 January 2015
Sungguh MAGIC ,Rumah Ini Nampak Sangat Kecil...Tapi Anda Pasti Terkejut Selepas Melihat 11 Gambar Ini !!!
Ramai yang mengidamkan untuk memiliki sebuah rumah yang besar dan mewah...Walaubagaimanapun, dengan harga hartanah ketika ini semakin meningkat, ramai yang hanya "mampu tengok" sahaja berbanding yang mampu milik rumah-rumah yang diidamkan....
Namun, perkara itu tidak menjadi penghalang bagi Chris Heininge. Seorang tukang pembuat rumah yang cemerlang dan pereka yang termashur bagi revolusi rumah kecil. Beliau yang sedar dengan keadaan ini telah membuat inisiatif pintar dengan mempolori pembinaan rumah kecil dengan kos yang murah. Walaupun kecil, ruangan di dalam rumah yang dibinanya dimanfaatkan sebaik mungkin dan mempunyai setiap fungsi masing-masing...
11 Gambar dibawah adalah sebuah rumah yang dibina olehnya dengan hanya berkeluasa 280 kaki persegi, menakjubkan bukan ???
Subscribe to:
Posts (Atom)





















.jpg)









